Reincarnation dalam bahasa inggeris membawa maksud hidup dan mati berulangan . Konsep reincarnation memperkenalkan teori bahawa semua binatang yang ada dialam ini akan menjadi manusia suatu hari nanti dan semua manusia yang hidup didunia ini akan mati dan hidup kembali dan mati dan hidup kembali , kitaran ini tidak akan terputus sehingga manusia menyelesaikan semua karmanya.
Agama-agama dari negara asia iaitu agama Hindu, Buddha , Zen , Samana , Sikh dan sebagainya percaya kepada konsep reincarnation , mati dan hidup kembali tanpa had. Agama-agama yang percaya kepada reincarnation menunjukkan perbezaan diantara manusia sebagai bukti ujudnya reincarnation. Contohnya : Manusia yang cacat dari lahir, perbezaan ekonomi, kesihatan, bentuk badan dan sebagainya diantara manusia .
Konsep reincarnation ialah :
- Karma hanya untuk manusia
- Setiap perbuatan dan amalan yang kita lakukan akan menghasilkan karma .
- Karma adalah hasil yang kita dapat kerana melakukan sesuatu perkara.
- Setiap perkara yang manusia lakukan dan hasil karmanya akan dirakam didalam Internal Mind .
- Apabila seseorang meninggal dunia , hanya badan dia yang akan mati dan rosak.
- Nyawa , Minda dan Internel Mind dia akan keluar dari badan tersebut dan akan menunggu untuk kelahiran seterusnya.
- Kehidupan seterusnya akan ditentukan bergantung kepada karma yang telah mereka lakukan pada lahiran sebelumnya.
- Manusia yang melakukan dosa besar akan dimasukkan didalam neraka .
- Selepas tempoh hukumannya tamat nyawa itu akan dilahirkan kembali didunia.
- Jika seseorang melakukan banyak pahala , nyawanya akan dimasukkan didalam surga.
- Sesebuah nyawa yang melakukan banyak pahala dan melepaskan semua ikatan karmanya ,tidak perlu kembali kedunia ini.
Petikan dari: Reincarnation – hidup kembali selepas mati | Rahsia Alam. com